Matlamat Kewangan 2010
Tahun 2010 dah nak sebulan pun. Baru sibuk nak menaip. Banyak perancangan 2010 ni. Malas je nak taip. Tahun 2009 pun takde sibuk-sibuk nak taip matlamat.ekeke. Nanti la cite pasal pencapaian 2009.
- Tambah sekurang-kurangnya satu(1) koleksi hartanah – tak kisah la rumah ke, apartment ke, kondominium ke. Sama ada positif cashflow atau tunggu untuk capital gain saja. Lelong mahu pun sub-sale den belasah saja. Asalkan harga boleh dirunding. Nanti di tengok dulu lokasinya, kesan-kesan sampingan untuk komitmen bulanannya dan aspek-aspek lain. (Priority : 7)
- Kasi penuh ASB – aku ingat nak buat loan ASB la 100k. Lepas tu isikan lagi bakinya dalam ASB tu. Merempit OD je supaya ASB penuh. Lepas 3-4tahun kasi settle loan ASB tu bila dah ada duitnya. (Priority : 5)
- Kelapa sawit – Ni projek paling besar la kalau aku dapat buat. Modal mesti mau puluh-puluh ribu nak start. Saja plan dari tahun nih. Kalau tak kesampaian boleh cuba lagi tahun mendatang.
(Priority : 3) - Bisnes kecil-kecilan – Yang ni paling susah sekali. Niat ada nak berjualan. Tapi tak tahu nak jual apa. Tambah lagi dengan sikap malu yang menebal.isk2.. Agak-agak sape boleh bagi aku idea nak jual ape. (Priority : 5)
- Trade Forex – Lebih serius untuk trade forex sebagai pendapatan mingguan. Target untuk dapatkan return -5% ke +5% seminggu. Nak belajar-belajr bermain ngan batang lilin saja. (Priority : 7)
- Trade stocks – Lebih kepada pelaburan jangka sederhana/panjang selain dari ASB. Paling sekejap pun mungkin sebulan. Sama jugak macam forex. Untuk belajar dengan batang-batang lilin. (Priority : 7)
- Projek Akuakultur – Projek ni pun sama jugak macam idea nak berjualan. Tapi malasnya hanya Allah saja yang tahu. Lagi satu, dok kat KL ni mana nak cari tanahnya. Orang yang gagal memang selalu bagi alasan.isk2..(Priority : 3)
- Menghapuskan Bad Debt – Perkara utama yang patut aku lakukan. Untuk menghapuskan sekurang-kurangnya 70% bad debt. (Priority : 8 )
Semuanya perancangan saja. Moga ada kemampuan untuk aku buat semua tu. Amiin.




