October
6

Plan Kereta Impian (3)

Posted In: Kewangan by topeq @ 11:16 am

Membeli Kaunter KNM

KNM

KNM

Peluang ni sudah tinggal sejarah. Sekiranya korang ada 10% downpayment untuk kereta semasa akhir bulan Mac 2009. Apa yang korang boleh buat. Ambil contoh duit tu ada 11k. Pada penghujung bulan Mac anda membeli 270 lot saham KNM yang bernilai rm 0.40/unit. Total shoping korang sebanyak RM 10,868.24. Selepas 2 bulan, pada awal Jun, bolehlah mengutip hasil dari sesi membeli belah tadi. Sekiranya unit-unit tadi boleh di jual pada harga RM 1.00/unit dengan bangganya korang akan memperoleh RM 26,829.90 selepas ditolak fee, dsb.

Mari kita kira berapa keuntungan yang boleh kita dapat.

Modal – 10,868.24

Untung – 15,961.66

ROI – 146.8%

Betul ke ntah aku kira tu. Kalau salah sila kira sendiri. ;)

Selepas 2 bulan lebih, dari modal 11k untuk buat downpayment kereta tadi, sekarang korang boleh dapat RM 26,829.90. Korang boleh lah guna 11k tadi untuk bayar downpayment dan bakinya berjoli bersama kawan-kawan.

Sebelum menceburkan diri dalam aktiviti membeli belah di Pasaraya KLCI, sila bersedia dengan duit yang siap sedia untuk lebur.
Pembelian saham secara jangka pendek bukanlah satu langkah yang bijak.
Pembelian di Pasaraya KLCI bukanlah suatu transaksi pembelian yang mudah. Kesenangan untuk rugi adalah sangat tinggi. Lebih tinggi dari ROI di atas. Harap maklum. :)

* kes di atas sungguh ajaib untuk berlaku kepada beginner macam aku. itu hanya sejarah yang tiada dalam diari hidupku. :D

Blog Widget by LinkWithin
0

Something to say?

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.