October
26

Memiliki OD-ASB sendiri

Posted In: OD-ASB by topeq @ 2:37 pm

Atas permintaan pakpin. Aku tulis la sikit entri ni. Dah banyak entri pasal OD-ASB ni. Silalah gugel yerk.

  1. Buka akaun ASB di mana-mana cawangan PNB, Maybank, Pos Malaysia, etc yang ada perkhidmatan ASB.
  2. Penuhkan buku ASB tu dengan nilai sekurang-kurangnya MYR 11k (MYR 12k minima untuk CIMB).
  3. Lepas dah ada amaun sebanyak tu, bolehlah pergi ke mana-mana bank yang menawarkan perkhidmatan pinjaman overdraft(OD) bersandarkan ASB.
    1. CIMB : 90% MOF, interest : BLR – 2% (BLR = 5.55%)
    2. RHB : 95% MOF, interest : BLR – 1% (BLR = 5.55%)
    3. lain-lain akan dikemaskini kemudian.
  4. Untuk apply OD-ASB ni, dokumen yang diperlukan (kes makan gaji); slip gaji sebulan, salinan MyKad, salinan buku ASB (kalau dah tukar ke sijil, salinan sijil). Untuk yang bekerja sendiri aku tak pernah tanya plak.
  5. Nak tukar sijil ASB tu korang boleh ke PNB yang berhampiran. Cas cuma MYR 10 saja. Buat pun sekejap. Tak sampai 10 minit pon. Janganlah merungut sebab cas MYR 10 ni. Berfikirlah tentang kebaikan yang korang boleh dapat dari penukaran sijil nih. :D
  6. Lepas 2-3 hari (bergantung pada pegawai yang berkhidmat;boleh jadi 2-3 minggu jugak), bolehlah sign Letter of Offer (LO) pulak. Baca terma dan syarat. Kalau dah faham semuanya sign je la.
  7. Dah sign LO tu, kena buka akaun semasa kat bank tu. Amaun yang diperlukan bergantung pada bank. Ada yang mintak MYR 350, ada yang MYR 500 dan ada juga yang MYR 1k. Yuran pemprosesan selalunya MYR 150. Tak pernah dengar plak amaun yang lebih.
  8. Buat sekali kad ATM. Senang nanti nak keluarkan duit tu. Lepas 3-4 hari, boleh ambik buku cek plak.
  9. Selesai proses 7 & 8, tunggu sehingga 2-3 minggu untuk duit masuk ke dalam akaun semasa tadi tu.
  10. Sila rujuk entri ni untuk proses pembalajaran penggunaan duit OD yang berlambak tu.
  11. Lepas dah guna tu jangan lupa plak bayar interestnya. Cara pengiraan interest OD :
  12. Formula

    Contoh pengiraan :

    Contoh Pengiraan

  13. Di mana ada kesilapan, bolehlah diperbetulkan. Aku pun masih tahap murid tadika lagi.
  14. Selesai!
Blog Widget by LinkWithin
2

2 Comments

sepul_besut 23/11/09 @ 12:34 pm

Thanks bro.. step y mudah pham.. nak tambah skit item no 8.
“Buat sekali kad ATM. Senang nanti nak keluarkan duit tu. Lepas 3-4 hari, boleh ambik buku cek plak.”

boleh buat kad baru klu anda xde saving account+ATM lg sblm nie.. tp klu dah ade.. mintak bank link kan jer CA dgn SA.. so nnti just pakai existing ATM kad and internet banking utk manage OD..

thanks sepul…info yg bagus..den tak tau..newbie lagi..

Something to say?

Please note: Comment moderation is enabled and may delay your comment. There is no need to resubmit your comment.